'Orang dah kebulur, duduk atas bumbung, menteri sempat buat majlis pelancaran?' - Utusan Malaysia

‘Orang dah kebulur, duduk atas bumbung, menteri sempat buat majlis pelancaran?’

TANGKAP layar pelancaran sumbangan banjir oleh sebuah kementerian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketika ribuan mangsa banjir terkandas menunggu bantuan susulan banjir yang melanda, dilihat beberapa menteri dikecam netizen kerana membuat majlis yang berkaitan dengan banjir yang berlaku kini.

Salah seorang menteri itu sempat mengadakan upacara rasmi penubuhan skuad sukarelawan pasca banjir kementeriannya.

Tindakan tersebut dikecam netizen dengan menyifatkan menteri tersebut tidak sensitif dengan kesusahan yang dihadapi rakyat kini.

Hazwan Hasanudin di dalam media sosial Facebook mempersoal kualiti menteri di negara ini lemah dan lambat bertindak.

“Benda ‘basic’ pun tak boleh fikir. Orang semua pakat naik atas bumbung rumah dah. Macam ni je ‘level’ menteri kat Malaysia? Lemah,” tulisnya.

Seorang lagi netizen, Jamilah Malek turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan menteri tersebut yang sibuk membuat majlis pelancaran.

“Sempat lagi dia buat majlis pelancaran dengan tempah ‘backdrop’… (ketika) rakyat dah separuh nyawa dalam air, ada yang duduk atas bumbung,” luahnya.

Seorang lagi menteri dilihat turut mengadakan majlis sumbangan banjir Keluarga Malaysia.

Napsiah Khamis Maharan menerusi posting dalam Facebooknya berkata, adalah lebih baik kos mengadakan majlis itu disumbangkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan pada waktu ini.

“Nak bagi sumbangan pun kena buat dekat hotel pelancarannya, kos buat majlis ni lebih elok sumbang pada yang perlu.

“Sementara tunggu habis majlis, ada yang dah yang kebulur, ” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya