Omicron: Dua kes  jemaah umrah dikesan di Johor - Utusan Malaysia

Omicron: Dua kes  jemaah umrah dikesan di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesan dua kes positif Covid-19 melibatkan varian Omicron dalam kalangan jemaah umrah yang tiba dari Arab Saudi di negeri ini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, kedua-dua kes tersebut adalah pasangan suami isteri yang menunaikan umrah pada 4 Disember lalu dan pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 Disember lepas.

“Ujian Saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA yang dijalankan dikesan positif pada 18 Disember. Kini kedua-dua mereka sedang menjalani isolasi di rumah di Johor Bahru. Kesemua kontak rapat kepada kedua-dua kes juga dikenal pasti dan diberikan arahan pengasingan dan pemerhatian di rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Vidyananthan berkata, sampel PCR tersebut  dihantar ke Institue Of Medical Research (IMR) bagi menjalani proses jujukan genom dan keputusan kemudian didapati positif Omicron. 

Susulan perkembangan terbaharu ini, beliau berkata, JKNJ ingin mengingatkan agar semua rakyat Johor yang pulang dari luar negara khususnya dari umrah untuk mematuhi arahan kuarantin wajib yang diberikan. 

“Sila terus kekal berada di dalam bilik berasingan dan tidak bertemu dengan ahli rumah atau individu yang lain. Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan penularan jangkitan Covid-19 termasuk varian Omicron dalam kalangan ahli keluarga dan komuniti. 

“Masyarakat umum diingatkan untuk sentiasa mengamalkan norma baharu dan mematuhi SOP yang ditetapkan. Amalkan pemakaian pelitup muka, mencuci tangan dan menjaga penjarakan serta elakkan sembang jarak dekat dan berada di dalam ruang yang sempit,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya