OKU pesakit kanser tulang bergelar graduan - Utusan Malaysia

OKU pesakit kanser tulang bergelar graduan

MOHAMAD Alif Aiman Juyana @ Azlan menerima Diploma Perniagaan Antarabangsa daripada Timbalan Ketua Pengarah (Gobernan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ke-22 hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kekurangan diri bukan alasan buat pesakit kanser tulang, Mohamad Alif Aiman Juyana @ Azlan membuktikan dirinya mampu bergelar graduan sebagaimana insan normal  lain.

Mohamad Alif, 23, yang juga orang kurang upaya (OKU) bukan sahaja aktif dalam sukan tenis dan mewakili negara dalam sukan paralimpik, malah mencatat keputusan membanggakan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.03 bagi program Diploma Perniagaan Antarabangsa.

Anak sulung daripada empat beradik yang kehilangan kaki kanan ketika berusia 14 tahun akibat kanser tulang itu antara graduan yang diraikan pada Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Ke-22, di sini semalam.

Ujarnya, sebagai OKU, dia perlu mencabar diri untuk mencuba segala perkara yang dilakukan oleh orang normal yang lain.

“Jangan memandang rendah terhadap diri sendiri. Kita juga boleh buat apa yang orang normal buat. Kuatkan semangat dan buktikan apa yang mampu kita buat dengan kekurangan yang ada pada diri kita,” katanya.

Majlis konvokesyen yang diadakan secara fizikal bertempat di Dewan Al-Jazari PSA bermula 6 hingga 10 Disember itu melibatkan seramai 2,818 orang graduan termasuk 27 daripadanya graduan Sijil Kemahiran Penyelenggaran Mekanikal yang merupakan pelajar OKU pendengaran. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya