PUTRAJAYA: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) merakamkan ucapan takziah kepada rakyat dan Kerajaan Malaysia atas bencana banjir melanda negara ini sejak Sabtu lalu.
Setiausaha Agungnya, Hissein Brahim Taha berkata, pihaknya menzahirkan perasaan simpati kepada mangsa kejadian itu yang disifatkan paling buruk dalam tempoh 50 tahun.
“Kami memohon kepada Allah agar mereka yang maut dirahmati Ilahi manakala yang terjejas dapat pulih semula sepenuhnya,” kata beliau menerusi akaun media sosial rasmi OIC yang turut dikongsi Wisma Putra menerusi pautan akaun sosial Kementerian Luar tersebut. – UTUSAN ONLINE