Nur Airis perlukan RM250,000 tampung kos pembedahan hati

Nur Airis perlukan RM250,000 tampung kos pembedahan hati

WAN Azwani Wan Abdul Aziz memangku anaknya, Nur Airis Miqila Mahathir yang menghidapi penyakit Atresia Biliari di kediamannya di Taman Koperasi Polis, Batu Caves, Selangor, semalam. – FOTO/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegembiraan menyambut kelahiran cahaya mata kelima jelas terpancar pada wajah suami isteri, Mahathir Jamal, 40, dan Wan Azwanie Wan Abdul Aziz, 37, di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Tetapi kegembiraan pasa­ngan itu tidak lama selepas lebih sebulan dilahirkan, bayi perempuan mereka, Nur Airis Miqila disahkan menghidap penyakit hati kronik atau Biliary Atresia (BA) dan memerlukan pembedahan segera.

Menurut Mahathir, pembe­dahan pemindahan hati itu menelan kos RM250,000 dan ia perlu dilakukan di China kerana keadaan fizikal Nur Airis Miqila tidak mengizinkan pembedahan dilakukan di negara ini.

KEADAAN perut Nur Airis Miqila Mahathir yang membesar akibat penyakit Atresia Biliari dan ia perlu melakukan pembedahan hati. – FOTO/FAUZI BAHARUDIN

Bagaimanapun, katanya, kos RM250,000 itu tidak termasuk tiket penerbangan dan penginapan sepanjang berada di China.

“Saya sudah buntu memikirkan mana hendak cari duit sebanyak itu. Isteri saya tidak be­kerja dan saya pula hanya pekerja swasta dan pendapatan saya ha­nya cukup untuk keperluan ha­rian empat anak yang lain, Nur Iman Batrisya Mahathir, 11 tahun; Muhammad Mirza Mahathir, 10 tahun; Muhammad Mustaqqim Mahathir, 7 tahun dan Muhammad Muaz Amzar Mahathir, 4 tahun.

“Lagi memening kepala apabila saya perlu membelanjakan kira-kira RM4,000 sebulan untuk membeli herba dan susu organik bagi mengekalkan keada­an Nur Airis Miqila daripada menjadi lebih kritikal,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di Taman Koperasi Polis, Batu Caves, semalam.

Menurut Mahathir, herba tersebut mampu mengekalkan keadaan Nur Airis Miqila dengan membuatnya buang air besar dan mengurangkan pembesaran perut, jika tidak perut anak bongsunya itu akan membesar sehingga pusatnya terkeluar.

Itu pun, katanya, dia dan isteri sudah sedaya upaya cuba untuk potong kos yang dahulunya mencecah sehingga RM8,000, kini mereka hanya memberi ubat-ubatan yang tidak bernilai tinggi supaya kami dapat bertahan.

“Semasa umur anak saya satu bulan setengah, kami membawanya ke sebuah hospital di Kelantan dan dirujuk kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi menjalani proses perubatan.

“Doktor menasihati kami untuk menjalani proses pembedahan penyambungan bahagian usus terus ke hati tetapi proses tersebut tidak berjaya kerana mereka mengatakan hati anak kami sudah teruk, menggerutu dan kering lalu memerlukan pemindahan hati segera,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu Nur Airis boleh hulurkan sumbangan ke akaun Maybank 164221375628 (Wan Azwanie Wan Abdul Aziz atau hubungi Mahathir 013-3887810. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya