NSFC lepaskan 14 pemain termasuk tiga import - Utusan Malaysia

NSFC lepaskan 14 pemain termasuk tiga import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) melepaskan 14 orang pemain daripada skuad yang menjuarai Liga Perdana 2021 bagi menghadapi aksi Liga Super musim hadapan.

Pemain yang dilepaskan itu termasuklah tiga orang pemain import mereka iaitu, Alain Thiery Akono Akono, Arthur Chunha dan Bae Beom Geun.

NSFC menerusi akaun media sosial mereka turut memaklumkan, turut tidak menyambung kontrak bersama pasukan tersebut ialah, penjaga gol, Damien Lim, adik beradik, R. Aroon Kumar dan R. Baratkhumar serta penyerang, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir.

Turut dilepaskan ialah, pemain pertahanan, Osman Yusoff, Ahmad Tasnim Fitri Mohd. Nasir, Raja Imran Shah Raja Amin, Danial Hadri Effandi Jagan, Muhammad Alif Romli, Abdul Halim Zainal dan S. Deevan Raj.

Pembantu ketua jurulatih, K. Rajan dan jurulatih kecergasan, I. Arulchelvan juga tidak lagi bersama pasukan NSFC musim hadapan.

NSFC yang dikendalikan oleh ketua jurulatih, K. Devan mencapai sasaran mereka pada musim ini iaitu untuk menjuarai Liga Perdana sekali gus beraksi di saingan Liga Super musim hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya