Nik Ezanee dilantik ADC PM? - Utusan Malaysia

Nik Ezanee dilantik ADC PM?

NIK EZANEE MOHD. FAISAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal bakal dilantik sebagai pegawai Aide De Camp (ADC) atau pegawai pengiring kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Nik Ezanee ketika dihubungi Utusan Malaysia bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan memberitahu satu pemakluman akan dibuat Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia tidak dapat memastikan pemakluman berkenaan berkaitan perkara apa.

“PMO akan keluarkan kenyataan hari ini. Saya sentiasa bersedia untuk berkhidmat untuk Malaysia dan saya akan lakukan yang terbaik,” katanya ringkas. 

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi Utusan Malaysia turut enggan mengulas mengenai pelantikan itu.

“Saya tidak boleh berikan pengesahan lagi sebab belum ada arahan pertukaran,” ujarnya.

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia mendapatkan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass siapa bakal menggantikan tempat Nik Ezanee gagal. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya