NGO desak henti jualan arak di Kuala Kangsar - Utusan Malaysia

NGO desak henti jualan arak di Kuala Kangsar

IZAM Jamiri Baharin (kiri) menyerahkan memorandum bantahan penjualan arak di kedai-kedai serbaneka di sekitar Kuala Kangsar kepada Zulqarnain Mohamad di Kuala Kangsar hari ini. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) menghentikan kebenaran menjual arak di kedai-kedai serbaneka di sekitar Kuala Kangsar.

Pengerusi Jalinan Kasih Islamiah Kuala Kangsar, Izam Jamiri Baharin berkata, desakan itu dibuat ekoran minuman keras itu mudah didapati di bandar ini sedangkan majoriti penduduk di Kuala Kangsar adalah orang Islam.

Katanya, selain itu kebanyakan pekerja di kedai serbaneka di Kuala Kangsar juga dalam kalangan Muslim.

“Sehubungan itu kami selaku NGO terlibat meminta pihak MPKK menghentikan pemberian dan tidak memperbaharui lesen bagi menjual arak kepada kedai-kedai serbaneka berkenaan. Kita rasa sedih sebab ada taman-taman perumahan majoritinya adalah penduduk komuniti Islam ada kedai serbaneka yang menjual dan menyediakan minuman arak yang kita rasa memang tidak sepatutnya berlaku.

“Ada premis serbaneka yang menjual arak ini sangat berhampiran dengan tempat ibadat seperti masjid dan surau,” katanya ketika ditemui pemberita pada perhimpunan aman membantah penjualan arak di kedai-kedai serbaneka sekitar Kuala Kangsar di sini hari ini.

Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohamad Nurza’im Ab. Sota berkata, Isma sendiri turut memperkenalkan Kempen Komuniti Sejahtera Tanpa Arak.

Menurutnya, usaha yang dirintis itu merupakan tindakan atas kesedaran bahawa arak tidak seharusnya dijual secara terbuka di premis serbaneka.

“Di dalam memorandum yang kami serahkan, kesemua NGO meletakkan resolusi menasihati Yang Dipertua MPKK, Zulqarnain Mohamad untuk bertindak dengan kuasa yang diamanahkan agar tidak memperbaharui lesen menjual arak di premis serbaneka,” katanya.

Sementara itu, Zulqarnain ketika ditemui selepas penyerahan memorandum berkenaan berkata, pihaknya akan memperhalusi cadangan dan pandangan dikemukakan NGO tersebut.

“Sebarang keputusan bergantung kepada undang-undang di peringkat Persekutuan dan enakmen negeri berkaitan penjualan minuman keras itu. MPKK bercadang untuk menetapkan premis-premis di bawah kawasan pentadbiran mereka akan disyaratkan untuk tidak menjual arak terutama di kawasan penduduk majoriti Muslim. Bagaimanapun penjualan masih dibenarkan di kawasan majoriti bukan Islam dengan syarat yang ketat. Isu tersebut beberapa kali dibangkit dan dibincangkan di dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK sebelum ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya