Netizen geram pensyarah tiada empati terhadap mangsa banjir - Utusan Malaysia

Netizen geram pensyarah tiada empati terhadap mangsa banjir

TANGKAP layar mesej di WhatsApp antara pelajar dan pensyarah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang pensyarah di sebuah universiti awam yang tidak menghiraukan keluhan pelajar-pelajar yang memohon aktiviti pelajaran dihentikan sementara waktu bagi memberi mereka ruang menghadapi bencana banjir dikecam warganet.

Tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp memaparkan seorang pelajar memaklumkan dirinya terperangkap di rumah dan banjir menghalangnya untuk menyertai proses pembelajaran untuk keesokan hari.

“Sekarang saya di rumah atas sebab tertentu dan malangnya saya tersekat di sini disebabkan banjir. Untuk program esok, boleh saya tahu apa akibatnya jika saya tak boleh buka kamera disebabkan hujan lebat?” Soal pelajar tersebut di dalam Whatsapp.

Walaubagaimanapun, pensyarah tersebut secara tiba-tiba mempertikaikan tentang adab pelajar dan seolah-olah tiada empati atau belas kasihan kepada pelajarnya yang sedang menghadapi bencana.

“Sebagai pelajar Islam di sebuah universiti, saya rasa kamu tahu tentang adab pembelajaran. Pihak universiti sudah bagi pilihan kepada kamu semua pada awal semester. Ketiga, kamu dah tahu Malaysia menghadapi monsun setiap hujung tahun, banjir bukan perkara baharu,” balas pensyarah tersebut.

Rata-rata netizen melalui aplikasi media sosial Twitter meluahkan perasaan tidak senang melihat sifat penting diri pensyarah tersebut kerana hanya memikirkan tentang proses pembelajaran atau silibusnya sahaja, bukan tentang kesejahteraan pelajar-pelajarnya.

“Tolong la. macam tak dapat nak tangguh beberapa hari sampai situasi kembali seperti biasa. Empati mana dari seorang guru? Lepas tu ugut tak akan halalkan ilmu. Macam mana nak ada berkat dalam gaji mengajar selama ni,” ciap occasionallyana.

“Pensyarah dari UUM semua boleh bertimbang rasa, siap tanya lagi keadaan pelajar yang terjejas dan pihak universiti bagi tempoh bertenang..tapi kenapa yang pensyarah sorang ni langsung tiada empati dekat pelajar,” ciap laylalovato.

“Hidup ni macam roda. hari ni kau buat orang, hari esok masa kau pula. Apa yang kau bagi, kau dapat balik! kau mudahkan urusan orang, urusan kau dipermudahkan. kau susahkan perjalanan hidup orang, perjalanan hidup kau akan lagi susah,” ciap mariahwasya.

“Macam mana dia boleh lagi risau pasal pembelajaran dia berbanding macam mana keadaan pelajar-pelajarnya ketika krisis. Tambah pula, panggil diri sendiri warga pendidik tapi tak tunjukkan perasaan empati, betul-betul badut,” ciap linamzln.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya