Netizen berang ada pertahan suami curang - Utusan Malaysia

Netizen berang ada pertahan suami curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rata-rata pengguna laman sosial berang selepas seorang netizen menggunakan nama Frederick Edward seolah-olah mempertahan kecurangan seorang suami dan menyalahkan isteri lelaki itu berhubung masalah rumah tangga mereka yang tular dalam media sosial.

Menerusi ruangan komen, netizen menggunakan nama Emmylia C. Lee berkata, sekiranya perkara itu tak terjadi kepada ahli keluarga sendiri, sudah tentu boleh buat kesimpulan apa sahaja.

“Tak kena pada batang hidung kau, adik beradik kau atau anak-anak kau, bolehlah sembang lebat bang.

“Kalau tengok pada awalan status N**** itu, dia memang sudah ready untuk ambil risiko dengan kenyataan dan perbuatan dia. Kalau jadi kat hang, aku rasa mahu habis meroyan satu kampung,” katanya.

“Nak back up tak beragak.. hahaha.. faham betul-betul apa N*** cakap la .. kau ni fake account H*** ke?,” soal Hassilawati Hashim.

“Isteri mana tak jadi gila (apabila) situasi macam itu berlaku, aku lelaki pun tak sokonglah lelaki pendek akal macam belah tepi ni..,” ujar Arifin Safuan.

Dalam pada itu, Mohd Fauzey Yusuf pula mengajak orang ramai menjaga hal rumah tangga sendiri dan jadikan apa yang berlaku itu sebagai satu pengajaran.

“Kau seorang sajalah yang pandai dan bijaksana. Sudah-sudahlah buat spekulasi. Jaga hal sendiri sudah. Benda-benda begini jadikan iktibar, bukan jadikan topik untuk menambah dosa yang sudah sedia ada,” jelasnya.

Terdahulu, Frederick Edwark menerusi hantaran itu menyifatkan, perbuatan kecurangan itu boleh berlaku disebabkan isterinya mempunyai tanda-tanda Narcissist Personality Disorder (NPD).

“Sendiri yang bawa skandal ke rumah suami, sendiri yang tangkap suami khalwat, sendiri yang ugut nak lapor jabatan agama, sendiri yang hantar skandal balik rumah, sendiri yang viralkan, sendiri yang ugut dan cabar diceraikan serta sendiri yang buat cerita sedih apabila diceraikan.

“Tengok video, baca status dan tengok gambar perkahwinan N*** ni, dia mempunyai tanda-tanda Narcissist Personality Disorder.

“Person dengan NPD ni biasanya menjejaskan kehidupan orang di sekelilingnya termasuk dirinya sendiri.

“Siapa yang pernah menjadi mangsa N**** mohon tampil ceritakan kisah sebenar supaya tiada lagi yang menjadi mangsa Najihah dan semoga Najihah boleh dapatkan bantuan psychiatrist untuk menjalani kehidupan yang lebih normal,” katanya yang dikongsikan dalam kumpulan Isu Semasa Apa Hari Ini ? (i-SAHI) di Facebook, semalam.

Terdahulu, tular dalam media sosial isu rumah tangga membabitkan seorang pegawai perubatan di sebuah klinik kesihatan sebuah daerah di Johor.

Dalam video yang tersebar luas di pelbagai platform media sosial itu memaparkan seorang wanita membongkar kecurangan suaminya dengan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) di rumah sewa suaminya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya