‘Nelayan terpaksa berhutang bina pelantar ikan baharu’ - Utusan Malaysia

‘Nelayan terpaksa berhutang bina pelantar ikan baharu’

ASRUL Nizan Abd. Jalil (dua dari kanan) bersama Gan Ay Ling (dua dari kiri) mendengar keluhan pemilik pelantar ikan di Simpang Empat, Perlis. – UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pemilik pelantar ikan di Simpang Empat dekat sini dibelenggu kebuntuan ekoran pelantar sedia ada musnah dalam kebakaran baru-baru ini.

Ini menyebabkan mereka tidak dapat turun ke laut kerana tiada pelantar untuk menurun­kan ikan apabila pulang membawa hasil tangkapan tersebut.

Bertambah mengecewakan apabila tiada bantuan dihulurkan untuk membina pelantar baharu oleh kerajaan selepas kira-kira dua minggu tragedi tersebut menimpa mereka.

Ada dalam kalangan nelayan terpaksa berhutang membina pelantar baharu selepas kerugian lebih RM100,000 dalam kejadian itu selain sudah penat menunggu bantuan yang dijanjikan masih tidak kunjung tiba.

Seorang pemilik pelantar, Mat Rodzi Rejab, 49, berkata, setelah menunggu 10 hari, dia masih tidak menerima maklum balas pihak kerajaan untuk membantu membina pelantar baharu.

Justeru katanya, dia mengambil keputusan berhutang bagi membeli kayu dan bahan-bahan bagi membina pelantar baharu.

“Walaupun pelantar sebelum ini dibina oleh kami sendiri, namun nelayan mengharapkan bantuan memandangkan peralatan lain hangus dalam kebakaran.

“Saya terpaksa berhutang sebab kalau nak tunggu bantuan, tak tahu bila. Kerugian mencapai RM100,000 kerana bukan sahaja pelantar hangus tapi pukat dan peralatan menangkap ikan yang lain,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Utusan Malaysia pada 15 Disember lalu melaporkan, sebanyak enam pelantar ikan termasuk satu milik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Sungai Baru, Simpang Empat di sini musnah dalam kebakaran.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Asrul Nizan Abd. Jalil yang me­ninjau lokasi kejadian bersama ADUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling berkata, pihaknya akan berhubung dengan LKIM bagi mendapatkan maklumat me­ngenai bila pelantar baharu tersebut akan dibina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya