Nelayan di Perak waspada peralihan tiupan angin  - Utusan Malaysia

Nelayan di Perak waspada peralihan tiupan angin 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak menasihatkan seluruh komuniti maritim, terutama golongan nelayan pesisir pantai agar sentiasa berwaspada dan memandang serius faktor keselamatan di laut dalam menghadapi perubahan tiupan angin yang beralih arah di sekitar Pantai Barat Semenanjung, mulai hari ini.

Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, sepanjang musim ini, perairan Perak bakal menerima tiupan angin yang lebih kencang dan berterusan dengan kelajuan antara 10 hingga 20 kilometer sejam dan boleh mencecah sehingga 40 hingga 50 kilometer sejam,  dengan hujan lebat serta ribut petir di sesetengah kawasan.

“Ombak dijangka mencapai ketinggian 2.5 hingga 3.5 meter sepanjang tempoh seminggu bermula hari ini. Situasi ini dilihat berpotensi mendatangkan risiko dan bahaya kepada pengusaha bot, terutamanya bot-bot pancing rekreasi, bot tradisional serta bot gentian kaca,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya