NADMA gagal urus banjir? - Utusan Malaysia

NADMA gagal urus banjir?

KEADAAN banjir kilat di susur keluar lebuhraya NKVE Bukit Jelutong sekitar tinjauan di Shah Alam, Selangor. UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) disifatkan gagal dalam menguruskan bencana banjir yang sedang melanda negara.

Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Faizan Mohd. Nor berkata, tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad yang menjaga NADMA mengeluarkan kenyataan bahawa agensi itu hanya menguruskan pampasan, juga tidak boleh diterima semua pihak.

“Kita tak boleh menerima apabila dia kata NADMA hanya urus pampasan yang tidak terlibat dalam kerja kejadian bencana alam yang sedang terjadi.

“Sedangkan semua tahu NADMA adalah agensi peneraju pengurusan bencana yang mengatur semua gerakan dan mengkoordinasi semua pihak yang terlibat dalam pengurusan bencana.

“Kalau setakat pampasan, itu syarikat insurans boleh buat dan rakyat tengah tunggu apa pegawai tinggi dalam NADMA sedang buat untuk urus banjir ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd. Latiff sebelum ini dipetik sebagai berkata, NADMA tidak terlibat secara langsung dalam urusan kejadian bencana alam seperti banjir di peringkat negeri.

Malah, kata Abd. Latiff, NADMA hanya menjaga urusan dalam pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai daripada negeri.

Justeru, Faizan berkata, kerajaan perlu mengambil serius isu berkenaan kerana bencana ini menjadi kayu ukur kepada prestasi kerajaan yang dalam perjalanan menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya