Muntah paus cuma asid lemak, Aida sedia beri sampel lagi

Muntah paus cuma asid lemak, Aida sedia beri sampel lagi

AIDA Zurina Long kini sibuk menguruskan kedai makan miliknya selepas cerita muntah ikan paus menjadi perhatian ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Peniaga yang menjumpai ketulan lilin dipercayai muntah ikan paus bersedia memberikan sampel berkenaan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk melakukan ujian semula di makmal.

Aida Zurina Long, 41, berkata, walaupun akur dengan keputusan analisis dilakukan Jabatan Perikanan dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bahawa objek ditemukannya tidak tulen, namun dia terbuka untuk me­nerima pandangan lain.

“Jika ada pihak yang meragui keputusan itu dan berminat untuk membuat ujian di makmal lain, saya bersedia memberikan sampel,” katanya ketika dihubu­ngi semalam.

Aida Zurina berkata, dia tidak kecewa dengan keputusan ber­kenaan kerana niatnya semata-mata untuk mengetahui kan­du­ngan sebenar objek itu.

Katanya, sejak daripada awal dia tidak meletakkan harapan tinggi, bahkan tiada angan-angan untuk menjadi jutawan segera.

“Sebab itu saya tidak meletak sebarang harga atau menjualnya lebih awal sebelum keputusan ujian keluar walaupun ada ramai yang berminat untuk membeli.

“Objek ini akan terus disimpan kerana memberi kenangan berharga untuk saya dan ke­luarga,” katanya.

Aida Zurina berkata, pendedahan mengenai penemuan objek itu sebaliknya memberi limpahan rezeki kerana perniagaan kedai makan yang diusahakannya mendapat sambutan memberangsangkan.

Sementara itu, Pengarah Perikanan negeri, Ruzaidi Mamat berkata, ketulan lilin dipercayai muntah ikan paus atau ambergris yang dijumpai seorang peniaga di Kemaman, dekat sini disahkan tidak tulen.

Katanya, pengesahan itu di­buat Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT, Prof. Madya Dr. Hasrizal Shaari selepas analisis yang dijalankan bersama penyelidik Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang.

Katanya, hasil uji kaji mendapati sampel berkenaan tidak mengandungi tiga bahan aktif iaitu ambrein, epicoprosterol dan coprostanone, bahkan fizikalnya turut berbeza dengan struktur muntah ikan paus tulen yang se­perti batu kapur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya