‘Mujur saya ada pengalaman masa banjir termenung di Johor’  - Utusan Malaysia

‘Mujur saya ada pengalaman masa banjir termenung di Johor’ 

WEE Ka Siong menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pengangkutan dan Logistik kepada Ketua Pegawai Eksekutif YTL Construction, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz (kanan) pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pengankutan dan Logistik Antarabangsa Kuala Lumpur 2021 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menceritakan pengalaman pernah menyelia mangsa banjir beberapa tahun di kawasan Parlimennya sendiri.

Peristiwa bencana alam yang melanda tempat beliau menjadi wakil rakyat Ayer Hitam di Johor itu banyak menolongnya dalam isu koordinasi bantuan ketika banjir di Lembah Klang kelmarin.

“Saya mujur pernah terlibat dalam pengurusan 31 buah pusat penempatan sementara (PPS) melibatkan 12,500 mangsa selama 48 hari ketika banjir termenung di kawasan saya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Pengangkutan dan Logistik Antarabangsa Kuala Lumpur 2021 yang julung kali berlangsung di sini hari ini.

Presiden MCA itu menambah, apa yang berlaku baru-baru ini telah banyak membolehkan beliau mengulang semula pengalaman dirinya menolong ramai mangsa banjir.

“Saya dapat rasa kesusahan mereka kerana pernah merasai sendiri suasana di PPS ketika banjir di Ayer Hitam pada 2006, 2007, 2011, 2014 dan di Pantai Timur pada 2019,” jelasnya.

Justeru, pada hari pertama bencana itu melanda enam negeri di Semenanjung Malaysia, beliau bertindak pantas mengarahkan semua agensi di bawah kementerian bersiap siaga antaranya Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) diarah membuka stesen Padang Jawa di Shah Alam bagi dijadikan PPS untuk perlindungan kepada 150 mangsa sekitar kawasan itu.

Dalam perkembangan lain, menurutnya, Kementerian Pengangkutan optimis Pelabuhan Klang mampu memecah rekod dalam pengendalian kontena sepanjang tahun ini di sebalik bencana banjir teruk minggu lalu.

Jelasnya, ini berdasarkan kejayaan luar biasa Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Johor walaupun berdepan banyak cabaran.

“Memang diakui prestasi Pelabuhan Klang terjejas selama dua hari disebabkan banjir dengan kurang 80 peratus pengendalian kontena, namun sasaran masih lagi boleh dicapai,” katanya.

Ka Siong berkata, kejadian banjir itu menjejaskan 27,000 unit bersamaan 20 kaki (TEU) atau dirujuk satu kontena standard yang tidak dapat dipunggah masuk dan keluar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya