PUTRAJAYA: Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) sudah bersedia menjadi antara Pusat Kajian Pertahanan Kebangsaan (NCDS) kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Komandannya, Laksamana Pertama Mohd. Fadzli Kamal Mohd. Mohaldin berkata, meskipun kuantiti peserta tidak ramai, tetapi dari segi kualiti MPAT tiada masalah menjayakan visi itu.
“Memang saya akui jumlah pelajar tidak ramai, tetapi sebenarnya bilangan sudah meningkat berbanding kampus lama sebelum ini di Jalan Tekpi, Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Graduasi Diploma MPAT Siri 41/2021 di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) di sini hari ini yang melibatkan sejumlah 63 graduannya. UTUSAN ONLINE