Misi kemanusiaan Ebit Lew di Brazil ziarah 'abang kawasan' - Utusan Malaysia

Misi kemanusiaan Ebit Lew di Brazil ziarah ‘abang kawasan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Misi kemanusiaan digerakkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew di Sao Paolo, Brazil memasuki satu kawasan yang dikatakan bahaya di bandar itu.

Dalam catatan terbaharunya, beliau menulis, pasukannya menziarahi ‘abang kawasan’ di salah satu kawasan bahaya tersebut.

“Terkejut dengan layanan baik ketuanya dan orang di situ. Terasa macam dah lama kenal. Bawa bantuan dan kasih sayang buat mereka. 

“Mereka hidup susah. Anak-anak tak sekolah. Sebelum ini duduk dalam khemah. Sekarang dapat bilik kecil duduk dengan keluarga,” katanya.

Menurut Ebit Lew, ketuanya baik sangat walaupun orang kata macam mafia.

“Katanya 25 jam tuan fly untuk bantu kami. Ramai tengok janggut saya dan pakaian saya. Ada ajak ambil gambar kerana suka janggut. Terima kasih kerana datang beri bantuan pada kami. Semua datang dekat mesra dan tanya macam-macam soalan. Semoga hidup mereka dimudahkan dan sentiasa diberi kebaikan,” tulis Ebit Lew.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya