Menteri setuju tangguh had umur maksimum belia - Utusan Malaysia

Menteri setuju tangguh had umur maksimum belia

JUFITRI Joha (depan, dua) dijulang tangan sebagai tanda kesyukuran persetujuan kementerian di Putrajaya semalam. – Foto ihsan MBM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tidak sampai seminggu bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kementerian Belia dan Sukan juga bersetuju menangguhkan had umur maksimum belia.

Penundaan itu diputuskan dalam sesi dialog Menteri Bersama Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) bersetuju menangguhkan pelaksanaan had umur itu dijadualkan pada 1 Januari 2022 kepada satu tarikh munasabah yang akan ditetapkan kemudian.

Menurut kenyataan Presidennya, Jufitri Joha, pertemuan dengan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam suasana muhibah dan khusus bagi membincangkan isu berkenaan secara harmoni, malah mendengar setiap butir hujahan, keluhan dan permasalahan dengan teliti daripada setiap wakil MBM dengan kepentingan semua gerakan belia tempatan.

“Mesyuarat bersepakat bahawa isu penurunan had usia kepada 30 tahun itu perlu disokong, namun soal tarikh pewartaan dan penguatkuasaan perlu disepakati secara bersama,” kata beliau.

Pada 9 Disember lalu, 20 badan gabungan MBM bertemu terus Ismail Sabri di pejabatnya di Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan atas keputusan menteri itu sekali gus Perdana Menteri bersetuju menunda tarikh pewartaan pindaan Akta Pertubuhan Belia 2007 yang diluluskan pada 2019 ketika era kerajaan dahulu.

Pindaan ini dibuat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tanpa ada perbincangan dengan MBM tetapi tidak dilaksanakan pula oleh penggantinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Isu panas itu timbul susulan pengumuman Ahmad Faizal di Parlimen pada 17 November lalu untuk menurunkan had umur daripada 40 tahun kepada 30 tahun bermula awal bulan depan menyebabkan lebih 60 anggota MBM mengadakan perhimpunan protes di depan bangunan kementerian itu pada 25 November lalu kerana berasa dianiaya secara senyap.

Mengulas lanjut, Jufitri berkata, MBM dan kementerian akan membentuk jawatankuasa khas bagi memperhalusi dan mengenal pasti tarikh yang sesuai pewartaan had usia berkenaan.

“Pada masa sama, sebelum dikuatkuasakan, kita akan cari formula terbaik transisi barisan kepimpinan serta sistem sokongan pengkaderan remaja dalam gerakan belia,” tegasnya lagi.

MBM tambahnya, menyeru semua pemimpin badan belia agar terus komited meremajakan organisasi dengan aktif melatih ramai kepimpinan baharu dan prihatin permasalahan mereka. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya