Menteri Pengajian Tinggi santuni mangsa banjir di PSA - Utusan Malaysia

Menteri Pengajian Tinggi santuni mangsa banjir di PSA

NORAINI Ahmad bertanya khabar kepada mangsa banjir di PPS berkenaan di Shah Alam, Selangor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PPSSAAS) di sini, disantuni Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad malam tadi.

Beliau yang hadir kira-kira pukul 8 malam itu turut menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan dan produk kesihatan kepada mangsa.

Noraini turut sempat beramah mesra dengan petugas dan sukarelawan siswa PPSSAAS.

Lawatan itu turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Abdul Razak Jaafar dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Zainab Ahmad.

Menurut Zainab, politeknik dan kolej komuniti sememangnya mempunyai kemudahan dan terpanggil bagi membantu mangsa banjir. 

“Apabila diminta menjadi PPS, PPSSAAS terus bertindak untuk melakukan persediaan menyeluruh. Saya melihat para pelajar dan kakitangan mempunyai motivasi tinggi untuk menghulurkan bantuan yang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PPS di PPSSAAS kini menempatkan seramai 373 mangsa banjir sejak mula beroperasi pada Sabtu lalu dan pembukaan PPS itu selaras dengan aspirasi KPT Prihatin yang sentiasa bersedia membantu Keluarga Malaysia yang sedang terkesan ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya