Menolak 'Allah ada di mana-mana', pihak berkuasa agama ambil tindakan bekas anggota nasyid - Utusan Malaysia

Menolak ‘Allah ada di mana-mana’, pihak berkuasa agama ambil tindakan bekas anggota nasyid

IDRIS Ahmad (dua dari kiri) menyampaikan bantuan kepada penerima di Majlis Forum Erti Hidup di Kampung Masjid Ijok dekat Larut hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Pihak berkuasa agama Islam negeri diminta mengambil tindakan terhadap bekas anggota kumpulan nasyid, Suhaimi Saad yang membuat kenyataan menolak ‘Allah ada di mana-mana’.

Menteri Agama, Idris Ahmad berkata, jabatan agama Islam negeri mempunyai kuasa penuh untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Jangan pula kata kenapa Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) tidak ambil tindakan terhadap perkara ini, kerana dalam soal agama, kita hormat bidang kuasa negeri.

“Dalam kes ini, kita akan minta pihak pengurusan agama negeri selesaikannya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas penutupan Forum Hidup Penuh Erti sempena Program Outreach Rakan Setia Komuniti Orang Kena Pengawasan (OKP) di Arena Square Wan Abu Bakar di Kampung Masjid Ijok, dekat sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd. Akmal Kamarudin dan Timbalan Speaker DUN Perak, Khalil Yahya.

Mengulas lanjut, Idris berkata, dalam era perkembangan ilmu ketika ini, tidak sepatutnya wujud lagi individu atau kelompok berpandangan sedemikian.

Beliau berkata, golongan yang tidak percaya agama hanya wujud sekitar tahun 60-an dan 70-an.

“Namun ia semakin hilang setelah pelbagai usaha dakwah dijalankan di merata-rata tempat seperti masjid dan surau, sehingga golongan ateis ini telah sedar dan kian lenyap dalam masyarakat hari ini.

“Kita harap perkara ini tidak melarat, tidak  berpanjangan dan kita minta pengurusan agama negeri terbabit memanggil dan memberi nasihat padanya.

“Sekiranya berdegil, barulah kita ambil tindakan undang -undang” katanya.

Idris ditanya mengenai kenyataan yang dibuat oleh bekas anggota kumpulan nasyid, Suhaimi Saad yang menjadi perdebatan orang ramai dalam media sosial apabila dia menolak ‘Allah ada di mana-mana’ baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook, perbuatan Suhaimi itu nyata mengundang kepada pelbagai tohmahan dari orang ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya