SUNGAI PETANI: Tanggal 26 Disember 2004, pasti menjadi memori kekal kepada penduduk di sekitar Kota Kuala Muda, di sini berikutan badai tsunami yang meranapkan 10 kampung dan meragut 11 nyawa. Selain kerosakan rumah dan kehilangan harta benda, tragedi ombak besar itu turut melumpuhkan semua aktiviti nelayan di kawasan tersebut apabila bot nelayan serta peralatan menangkap ikan musnah. Mengimbau kembali kejadian 17 tahun lalu, seorang nelayan dari Kampung Tepi Sungai, Alias Saedin, 61, berkata, kebanyakan mangsa tsunami mengambil masa hampir setahun untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Katanya, dalam tempoh setahun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya