Memorandum persefahaman antara parti politik berjaya atasi cabaran ketidakstabilan politik - PM - Utusan Malaysia

Memorandum persefahaman antara parti politik berjaya atasi cabaran ketidakstabilan politik – PM

ISMAIL Sabri Yaakob bersama barisan pimpinan pembangkang menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik Di Antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan, pada September lalu.-IHSAN JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, memorandum persefahaman transformasi dan kestabilan politik yang ditandatangani pada 13 September lalu berjaya mengatasi cabaran ketidakstabilan politik yang sekali gus mengancam agenda pemulihan dan perpaduan negara keseluruhannya.

Perdana Menteri berkata, cabaran itu dapat ditangani atas semangat Keluarga Malaysia, merentasi perbezaan politik.

Melalui kestabilan itu, kata beliau Rancangan Malaysia  ke-12 (RMK-12) diluluskan tanpa sebarang pindaan pada 7 Oktober, begitu juga dengan Bajet 2022 turut lulus dengan sokongan majoriti pada 13 Disember lalu.

“Saya amat gembira dan terharu apabila Rang Undang undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diluluskan kesemua ahli Parlimen yang hadir seramai 200 orang.

“Ini membuktikan semangat kesatuan dalam perbezaan. Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada setiap ahli Parlimen yang menyokong,” katanya menerusi perutusan khas sempena tahun baharu 2022, di sini malam ini.

Ismail Sabri berkata, selaras dengan nilai kebersamaan yang terangkum di dalam konsep dan falsafah Keluarga Malaysia, beliau percaya ahli-ahli Parlimen akan turut menyokong beberapa Rang Undang-undang yang bakal dibentangkan seperti Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti, Pindaan Perlembagaan serta lain-lain pindaan undang-undang dan Transformasi  Parlimen.

Katanya, semangat kebersamaan ini sudah pasti akan menambahkan lagi kestabilan politik di negara ini.

Seiring dengan Transformasi Parlimen yang sedang dilaksanakan, katanya, kerajaan juga bersedia untuk mengadakan transformasi di dalam sistem kehakiman bagi memperkukuhkan demokrasi di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya