MCS 2021: SpeedX juara Malaysia kategori SP2 - Utusan Malaysia

MCS 2021: SpeedX juara Malaysia kategori SP2

DARI kiri Leong Chun Kok, Eddie, William dan Darren.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pasukan SpeedX Racing Team bergelar juara keseluruhan bagi kategori SP2 Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) 2021 dengan mengumpul sebanyak 86 mata.

Pasukan tersebut yang diterajui pemandu pertama, Eddie Lew dan pemandu kedua, William Ho, memenangi dua emas, satu perak dan dua gangsa pada musim ini.

Perlumbaan 300 kilometer endurance (S1K) hari ini memberikan penamat musim yang memberangsangkan di mana pasukan itu meraih tempat kedua dengan masa pusingan 2 jam 32 minit 39.562 saat dalam kategori SP2.

“Seluruh krew kami membantu kami dan memastikan kami mengekalkan prestasi di tahap yang stabil,” tambah William.

Sementara itu, Eddie mengakui perlumbaan menyajikan pertarungan yang mencabar dan menarik.

“Hari ini adalah perlumbaan yang sangat penting kerana jumah mata beberapa pesaing terlalu hampir. Ia adalah satu perlumbaan yang sangat menarik dan pertarungan yang sengit,” katanya.

Dalam pada itu, pemiliknya, Leong Chun Kok berkata, pasukan itu memulakan musim dengan tenaga kerja baharu dan ia mengambil masa yang lama untuk menyatukan cara pasukan bekerja.

“Permulaan musim kami agak tidak memberangsangkan. Selepas dua pusingan dan empat perlumbaan, kami berada di kedudukan keempat. Keputusan mula memihak kepada kami apabila kami menang tempat pertama dalam kedua-dua perlumbaan pada pusingan 3.

“Muncul sebagai juara keseluruhan hari ini menunjukkan strategi kami berjaya dan kami sangat gembira kerana dapat mengakhiri tahun ini dengan positif. Kami berharap dapat mengulangi kejayaan yang sama tahun depan,” katanya.

Rakan pemasaran Speedx, Angle 2 Audience Sdn Bhd, melibatkan syarikat dan organisasi untuk mendapatkan perkongsian strategik yang boleh meningkatkan jenama melalui dunia sukan permotoran yang menarik.

Pasukan itu mengalu-alukan kehadiran rakan kongsi yang sejajar dengan nilai sukan permotoran iaitu kelajuan, ketepatan, prestasi dan pengurusan pasukan.

Pasukan tersebut turut menggunakan pengalaman selama 25 tahun di litar dengan sebaiknya serta dapat bekerjasama bersama pasukan berpengalaman daripada Fast Autoworks dan TedCo memastikan jentera mereka dalam keadaan terbaik untuk perlumbaan.

MCS ialah siri perlumbaan lama dalam menarik pemandu dan pasukan terkemuka di Malaysia untuk bersaing dalam pengeluaran pelancongan bagi kereta melebihi 1900cc dan kereta pelancongan Malaysia pula untuk kelas 1600cc.

Peminat pasukan SpeedX boleh melayari https://www.instagram.com/speedx.racingteam/ untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pasukan, perlumbaan akan datang dan peluang untuk bekerjasama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya