PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan mengadakan Operasi Tembak Gagak pada 19 Disember 2021 (Ahad) di 15 lokasi di sekitar Petaling Jaya pada pukul 7.00 pagi
hingga 7.00 malam.
Operasi ini diadakan bertujuan mengurangkan populasi burung gagak yang sering membawa masalah kesihatan dan mengotorkan premis bangunan, perniagaan dan lain-lain harta benda di sekitar Petaling Jaya.
Hal ini bertetapan dengan hasrat Majlis untuk menyediakan sebuah bandar raya yang selamat dihuni serta selasa kepada penduduknya.
Mengikut rekod pada tahun 2018 sehingga November 2021 sebanyak 111 aduan berkaitan kacau ganggu burung gagak telah diterima oleh Majlis.
Pada tahun 2018 (11 aduan), tahun 2019 ( 38 aduan), tahun 2020 (31 aduan) dan sehingga bulan November 2021 sebanyak 31 aduan direkodkan.
Untuk makluman, Majlis telah melakukan pemantauan dan mengenal pasti beberapa lokasi yang menjadi hotspot sebagai tempat burung gagak bersarang dan membiak.
Pada Ahad nanti, seramai 33 penembak berdaftar berlesen yang sah diperakui Polis Diraja Malaysia akan berada di lokasi seperti berikut:
- Jalan PJS 3/44 Taman Sri Manja Petaling Jaya
- Jalan Medan 32, Taman Medan Baru,\
- Kawasan Sekitar Sekyen 5,
- Jalan PJS 2/3 Taman Medan,
- Jalan PJS 1/35 Petaling Utama,
- Lorong 5 A Kampung Kayu Ara Indah
- Pju 5/15, Mutiara Damansara
- Kawasan Sekitar Uptownlane SS 21,
- Jalan Sepah Puteri 5/10, Kota Damansara
- Sekitar Jalan TSB1-10a, Kota Damansara
- Jalan PJU 5/9 Hingga PJU 5/22 (sekitar Sunway Giza)
- The Strand Malll, Kota Damansara (kawasan awam)
- Persiaran Industri SD 5
- Taman Permainan SS 2/60
- Jalan 14/14 (sepanjang jalan)
Para peserta juga telah diingatkan agar tidak menembak di luar kawasan pentadbiran MBPJ.
Dalam pada masa yang sama dilarang sama sekali untuk melakukan tembakandi tempat-tempat awam seperti di kawasan hospital dan klinik kerajaan atau swasta, rumah ibadat, institusi pendidikan, pejabat kerajaan, stesen minyak, perumahan berstrata, kawasan komersial berpagar /guarded, kawasan kilang yang berisiko tinggi danlain-lain.
Majlis juga ingin mengingatkan kepada orang awam agar memberi kerjasama sewaktu operasi berlangsung di kawasan yang telah dinyatakan dan Majlis juga mengingatkan masyarakat setempat tidak berada dikawasan terbabit dan sentiasa berwaspada sewaktu operasi sedang berlangsung.
Sepanjang Operasi ini, Majlis akan menempatkan pegawai dan kakitangan dari Jabatan Kesihatan Persekitaran serta Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan untuk memantau para peserta sepanjang operasi ini berlangsung.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran MBPJ di talian 03-7955 5473.