Maybank umum caj transaksi RM1 bagi pengeluaran ATM antara bank - Utusan Malaysia

Maybank umum caj transaksi RM1 bagi pengeluaran ATM antara bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas CIMB membuat pengumuman mengenai caj transaksi RM1 yang akan dikenakan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank, perkara sama turut diumumkan Maybank.

Dalam peringatan ringkas di laman webnya, Maybank memaklumkan: “Harap maklum bahawa mulai dari 1 Februari 2022, caj transaksi RM1.00 untuk pengeluaran wang tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan dilaksanakan semula.

“Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di mesin ATM Maybank”.

Sebelum ini, para pengguna boleh menikmati kemudahan pengecualian caj RM1 yang dikenakan ke atas pemegang kad bagi mana-mana mesin ATM sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula tahun lalu.

Pengecualian itu diteruskan sehingga kini apabila kerajaan memaklumkan sebarang keputusan sama ada sehingga bila ia akan diteruskan atau ditamatkan bergantung kepada Kementerian Kewangan.

Jika sebelum ini, mana-mana pengguna yang ingin mengeluarkan wang di ATM selain bank dilanggan mereka akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya