Mayat terapung di Pulau Sembilan mungkin ada kaitan kes lemas Sekinchan - Utusan Malaysia

Mayat terapung di Pulau Sembilan mungkin ada kaitan kes lemas Sekinchan

EMPAT mayat ditemui terapung dekat Pulau Sembilan, Bagan Datuk hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Penemuan empat mayat terapung di perairan dekat Pulau Jarak pagi tadi mungkin ada kaitan dengan laporan sebuah bot tenggelam di perairan Sekinchan, Selangor pada 25 Disember lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki dan tiga perempuan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Kemungkinan besar mayat yang telah dijumpai ini adalah berkaitan dengan satu laporan polis di Sekinchan bertarikh 27 Disember.

“Pengadu memaklumkan pada pukul 3.30 petang 25 Disember lalu telah menerima panggilan telefon daripada pekerjanya memaklumkan telah ternampak sebuah bot yang tidak pasti pemiliknya, dinaiki lebih kurang 20 orang individu telah tenggelam di kawasan perairan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, empat mayat tersebut telah dihantar ke unit forensik Hospital Seri Manjung (HSM) untuk dilakukan bedah siasat esok selepas saringan Covid-19 dijalankan.

Jelasnya, penemuan empat mayat itu dilaporkan kepada pihak polis pada pukul 4.58 petang tadi dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) membawa mayat itu ke daratan, sebelum pihak polis menyerahkannya ke HSM.

Utusan Online hari ini melaporkan empat mayat terdiri tiga wanita dan seorang lelaki ditemui terapung, pagi tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman dilaporkan berkata, Pusat Operasi Maritim Negeri Perak (PUSOP) menerima maklumat awal penemuan empat mayat itu oleh komuniti maritim pada kedudukan 14.2 batu nautika barat Pulau Buloh, sekitar pukul 9.05 pagi tadi.

Kapal Maritim (KM) Nyalau yang sedang melaksanakan rutin rondaan Op Tanjung telah diatur gerak ke lokasi dan menemui kesemua mayat tanpa identiti lebih kurang pukul 2.08 petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya