Mayat pemandu Perodua Myvi jatuh Jambatan P. Pinang ditemukan  - Utusan Malaysia

Mayat pemandu Perodua Myvi jatuh Jambatan P. Pinang ditemukan 

MAYAT pemandu kereta Perodua Myvi yang terjatuh ke laut ditemukan nelayan pantai berdekatan Jambatan Pulau Pinang tengah hari tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pemandu kereta Perodua Myvi yang dilaporkan terjatuh dari kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang dari arah Perai dekat sini, ditemukan maut oleh nelayan pantai hari ini. 

Mayat Tan Swee Leong, 58, ditemukan terapung dan lengkap berpakaian kira-kira pukul 12.11 tengah hari tadi. 

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian berlaku pukul 11.46 pagi. 

Menurutnya, operasi menyelamat mangsa melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai bersama bantuan daripada anggota di Jalan Perak. 

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa meninggalkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di atas jambatan. Pada pukul 12.11 tengah hari, komander operasi melaporkan mangsa telah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh nelayan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya