Mayat kedua mangsa lemas di Pahang ditemukan selepas 11 hari hilang - Utusan Malaysia

Mayat kedua mangsa lemas di Pahang ditemukan selepas 11 hari hilang

MAYAT seorang lelaki yang dipercayai terjun daripada jambatan Sri Damai ditemukan di tepi Sungai Belat di Kuantan, Pahang - FOTO IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Selama 11 hari pencarian seorang lelaki yang dipercayai terjun dari jambatan Sri Damai Kuantan, akhirnya ditemukan kira-kira pukul 8.10 malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat lelaki berusia 28 tahun itu tersangkut di tepi tebing Sungai Belat kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk tindakan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di sini, telah ditutup pada pukul 9 malam hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, berdasarkan saksi kejadian pada 18 Disember lalu, mangsa dikatakan menunggang motosikal ke Jambatan Sri Damai sebelum terjun dari Jambatan Sri Damai pada pukul 12.15 tengahari dan dihanyutkan arus deras.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya