Mayat kanak-kanak hilang dalam tragedi banjir di Eco Resort ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat kanak-kanak hilang dalam tragedi banjir di Eco Resort ditemukan

MAYAT kanak-kanak yang hanyut dibawa arus deras dalam tragedi banjir lumpur di Eco Resort di Bentong, Pahang ditemukan di bawah timbunan pokok-pokok sejauh 800 meter dari lokasi kejadian. -  IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Mayat seorang kanak-kanak lelaki dipercayai seorang daripada tiga mangsa yang hanyut dibawa arus deras di sebuah resort di Bentong, Sabtu lalu, ditemukan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa, Emmanuel Chang Li Zheng, 6, dijumpai di kawasan pencarian seksyen tiga bersebelahan kilometer 66.2, kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian. 

“Mangsa ditemukan setelah pasukan penyelamat membuat pencarian secara sweep searching dan fan searching di kawasan sisa-sisa kayu. Mayatnya dikeluarkan dari timbunan kayu-kayu yang dihanyutkan arus dengan kaedah pemugaran dan pengalihan sisa-sisa kayu. Seterusnya mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa dari resort berkenaan dipercayai lelaki dewasa masih diteruskan.

Terdahulu, kejadian banjir lumpur dilaporkan berlaku kira-kira pukul 10.30 malam di sebuah Eco Resort Sabtu lalu.

Terdapat 35 orang yang terkandas dan, 32 daripadanya diselamatkan namun tiga orang didapati hilang. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya