Mayat dua lelaki Myanmar ditemukan selepas dikhuatiri lemas - Utusan Malaysia

Mayat dua lelaki Myanmar ditemukan selepas dikhuatiri lemas

DUA mayat lelaki warganegara Myanmar ditemukan di 0.4 batu nautika barat daya Tanjung Tuan selepas dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas mandi di Pantai Telok Kemang, Port Dickson pada Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Dua orang lelaki warga Myanmar yang disyaki lemas ketika sedang mandi di Pantai Telok Kemang dekat sini pada Sabtu lalu ditemukan di perairan pantai tersebut pagi tadi.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, mayat pertama ditemukan sekitar pukul 8.20 pagi oleh nelayan tempatan.

“Bot Benteng 04 digerakkan ke lokasi untuk mengambil mayat tersebut di kedudukan lebih kurang 0.4 batu nautika barat daya Tanjung Tuan.

“Sekitar pukul 9.40 pagi, mayat kedua ditemukan oleh Bot Benteng 04 tidak jauh dari lokasi mayat pertama ditemui. Kedua-dua mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan disahkan mangsa lemas ketika sedang mandi di laut baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini media melaporkan dua rakyat warga Myanmar dikhuatiri lemas selepas mandi di Pantai Telok Kemang di sini pada 18 Disember lalu.

Kedua-dua mereka di kenali sebagai Biak Lian berusia 38 tahun dan Van Lian Cung, 26.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya