Mayat dua beranak lemas di padang bola di Mentakab ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat dua beranak lemas di padang bola di Mentakab ditemukan

MAYAT dua beranak ditemukan oleh pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin, kira-kira 100 meter daripada lokasi kejadian di kawasan padang bola berdekatan Bangunan UMNO Mentakab di Mentakab, Temerloh, Pahang. - IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Mayat dua beranak yang hilang selepas dihanyutkan arus ketika menyeberangi padang bola dalam kejadian banjir di Mentakab pada Selasa lalu, ditemukan hari ini.

Mangsa, Musa Ahmad, 53, dan anak lelakinya, Aireel Zikree, 10, ditemukan pada jarak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, operasi mencari dan menyelamat dilakukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin menggunakan bot dengan pencarian meliputi kawasan seluas 500 meter persegi. 

“Mangsa pertama iaitu lelaki dewasa dijumpai kira-kira pukul 10 pagi. Pencarian diteruskan lagi dan menemukan mangsa kedua dengan jarak yang hampir sama dengan mangsa pertama kira-kira pukul 11.50 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut kejadian tersebut, Ismail berkata, dalam kejadian banjir yang melanda kawasan Mentakab, kedua-dua mangsa dilaporkan telah meredah air di kawasan padang bola berdekatan Bangunan UMNO Mentakab. 

Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3.15 petang Selasa lalu, apabila kedua-dua mangsa  dihanyutkan arus dan terus hilang. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya