Maut ditetak abang murung - Utusan Malaysia

Maut ditetak abang murung

LOKASI kejadian seorang lelaki maut ditetak abangnya sendiri dengan pedang di Kampung Sungai Rual Melayu, Jeli, Kelantan. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Seorang lelaki maut akibat ditetak abangnya dengan sebilah pedang di rumah mereka di Kampung Sungai Rual Melayu, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.20 pagi itu, suspek berusia 30-an yang dikatakan mengalami kemurungan secara tiba-tiba menyerang dan menetak bahagian belakang leher mangsa.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, ketika kejadian, mangsa berusia 30 tahun sedang memasak di dapur.

“Suspek secara tiba-tiba datang dari arah belakang lalu menetak adiknya dengan sebilah pedang. Insiden itu menyebabkan mangsa mati serta-merta di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Ahmad yang enggan mengulas lanjut berkata, polis setakat ini masih menjalankan siasatan lanjut, termasuk punca sebenar suspek bertindak demikian. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya