[PARLIMEN] Mat Sabu: Kerajaan lambat bertindak, mana bot tentera, polis, maritim? - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Mat Sabu: Kerajaan lambat bertindak, mana bot tentera, polis, maritim?

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Langkah perlahan daripada pihak kerajaan menghantar bantuan tidak sama dengan prestasi 90 peratus yang diberikan Perdana Menteri kepada kementerian.

Perkara itu dijelaskan Mohamad Sabu (Amanah-Kota Raja) di Dewan Rakyat, hari ini.

“Sampaikan dapat markah 90 peratus kejayaan, bila berlaku banjir tidak sampai lagi bantuan-bantuan sebab sudah masuk hari kedua, sepatutnya telah sampai.

“Soalnya bukan bantuan wang tapi soalnya mana bot tentera bot polis, dan bot APPM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia). Banyak nelayan yang menawarkan diri untuk bawa bot mereka tapi tak sesuai kerana berlekuk.

“Saya juga terperangkap lapan jam di sebuah stesen minyak, orang tanya mana wakil rakyat, macam mana nak nampak muka sebab terperangkap.

“Keadaan begini cukup darurat, saya tidak tahu mana tentera dan polis dan Perdana Menteri buat, keadaan begitu teruk,” katanya.

Keadaan semakin buruk hari ini apabila lebih 34,000 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding lebih 21,000 orang pada tengah hari semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya