Maritim Malaysia buru 12 suspek warganegara Indonesia - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia buru 12 suspek warganegara Indonesia

KAPAL MT Ocean Pride yang membawa muatan diesel dipercayai dirompak sekumpulan kru kapal warga Indonesia di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyenaraikan nama 12 kru kapal warga Indonesia bagi membantu siasatan kes rompakan minyak diesel pada 5 Disember lalu.

Maritim Malaysia menerusi kenyataan akhbar memaklumkan, suspek dikenali sebagai Haryadi Tri Tomi dengan nombor pasport 89706316, Mangalik Despiandri (C7309394), Nordiansyah Muhammat (C1366351), Pasaribu Suherri Nanda (C2081744) dan Pinem Jendri (C6787829).

Menurutnya, yang lain adalah Prasetyp Agung (C7021189), Saputra Pandu Prasetya (C7573439), Siddiq Muhammad (C7309737), Silaban Rusman (B6670491), Syahputra Haloho Mamaek (C7307752), Tarigan Harry Pranata (C7308182) dan Yusran (C3899964).

“Kesemua suspek dikehendaki susulan notis merah dikeluarkan Polis Antarabangsa (Interpol).

“Kes membabitkan Kapal Tangki Ocean Pride itu disiasat mengikut Seksyen 380 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau mengenali penama-penama berkenaan boleh menghubungi Komander (M) Mohd Affandi Ismail dari Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya di talian 03-89957935,” katanya.

Katanya, pegawai lain yang boleh dihubungi termasuk Leftenan (M) Mohd. Feerdaus Daud dari Bahagian Siasatan Jenayah Maritim Johor atau hadir ke pejabat Maritim Malaysia terdekat.

Sebelum ini, kru kapal berkenaan disyaki melakukan rompakan 1.8 juta liter minyak diesel bernilai RM4.86 juta dalam kejadian pada 5 Disember lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya