Mara beri kelonggaran penjadualan semula pinjaman pelajaran, perniagaan - Utusan Malaysia

Mara beri kelonggaran penjadualan semula pinjaman pelajaran, perniagaan

MAHDZIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Prihatin dengan situasi bencana banjir ketika ini, Majlis Amanah Rakyat (Mara) memberi kelonggaran untuk penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran kepada mereka yang terlibat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peminjam perniagaan turut diberi kelonggaran sama selain pengecualian bayaran sewaan premis perniagaan kepada peniaga yang terjejas. 

“Bagi mereka yang menjadi mangsa banjir dan terkesan dengan bencana itu, mereka boleh memohon kelonggaran tersebut dengan menghubungi Pejabat Mara negeri atau daerah berhampiran. 

“Insentif ini adalah tanda keprihatinan Mara terhadap kepayahan dan kerugian ditanggung penerima kemudahan yang terjejas akibat bencana tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Buat masa ini, tambah beliau, Mara juga tidak meneruskan sebarang tindakan penguatkuasaan ke atas peminjam kemudahan Mara yang terkesan dengan bencana banjir. 

Beliau berkata, bagi penyewa premis perniagaan Mara pula, pertimbangan pengecualian bayaran sewa adalah berdasarkan kerosakan dan kerugian ditanggung penyewa.

“Saya berharap insentif ini sedikit sebanyak akan dapat meringankan beban peminjam terutama usahawan dalam memulihkan kembali operasi dan aliran tunai syarikat,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya