Mangsa banjir terus menurun di Pahang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir terus menurun di Pahang

CHE ADAM A. Rahman (tengah) ketika melawat Taman Cenderawasih di Kuantan, Pahang yang turut dinaiki air. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di enam buah daerah di negeri ini terus mencatatkan penurunan sehingga pukul 10 pagi ini apabila 19,900 orang daripada 5,965 keluarga masih berada di 139 pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, Temerloh mencatatkan daerah tertinggi namun bilangan mangsa sudah mulai menurun iaitu seramai 9,400 orang daripada 2,742 keluarga yang ditempatkan di 41 PPS dengan jumlah kematian empat orang.

“Diikuti Bentong dengan bilangan mangsa banjir seramai 3,718 orang daripada 1,338 buah keluarga di 18 PPS dan jumlah kematian dicatatkan sembilan kes; Bera membabitkan 2,114 orang daripada 602 buah keluarga ditempatkan di 20 PPS manakala Pekan meningkat kepada 1,802 mangsa daripada 580 keluarga di 23 PPS dengan satu kematian dilaporkan.

“Di Maran mangsa banjir berkurangan kepada 1,474 orang daripada 425 keluarga yang kini tinggal di 28 PPS manakala jumlah mangsa banjir di Kuantan semakin menurun kepada 1,392 orang daripada 354 keluarga di sembilan PPS dengan jumlah kematian dua orang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Che Adam berkata, bagi tiga lagi daerah iaitu Lipis, Jerantut dan Raub kesemua operasi PPS telah ditutup dan akan dibuka semula jika terdapat kawasan yang kembali terjejas.

Sementara itu tambahnya, dalam perkembangan semasa sebanyak 36 laluan masih ditutup membabitkan beberapa daerah iaitu Temerloh, Pekan, Maran dan Bera.

“Di Temerloh jalan yang masih ditutup antaranya Kuala Lumpur – Kuantan, Jalan Gemas – Temerloh, Jalan Temerloh – Mentakab, Jalan Bolok- Sok Mek, Jalan Utama Mempaga/Bkt Damar/Lakum, Jalan Kg. Gantok, Jalan Seberang Temerloh, Jalan Kg Lipat Kajang, Jalan Teluk Ira-Rumpun Makmur, Jalan Spg. Songsang-Banga, Jalan Megat Segama, Jalan Alternatif Paya Luas – Paya Jauh, Jalan Kg Belenggu, Jalan Bahagia – Belenggu halt, Jalan Batu Kapur – Sg. Buloh, Jalan Sanggang – Lubuk Kawah dan Jalan Jenderak Loop.

“Bagi penutupan jalan Maran membabitkan Jalan Pekan Sehari Kg Awah, Jalan Kg. Wau /Kertau, Jalan Serengkam, Jalan Bukit Tajau-Bndr Pusat Jengka, Jalan Chenor Sekara Kening, Pejing, Jalan Masuk Kg Paya Ladang dan Peijing manakala di Pekan hanya Jalan Teluk Ganchong Lepar, Jalan Pelak – Belimbing dan Jalan Mentiga Terapai.

“Sebanyak lapan jalan di Bera di tutup iaitu melibatkan Jalan Gemas-Temerloh, Jalan Bohor Bahru, Jalan Bukit Serdang, Jalan Kg Menteri, Jalan Kuala Bera, Jalan Charuk Puting – Guai, Jalan Charuk Puting – Selindang dan Jalan Triang 1,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya