SHAH ALAM: Banjir di seluruh negeri ini dilaporkan masih tidak menunjukkan tanda-tanda reda, malah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di 80 kawasan meningkat kepada 6,242 orang.
Menerusi makluman daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, jumlah tersebut dicatatkan dalam tempoh hujan lebat selama 36 jam sejak pagi Jumaat lalu.
Setakat ini, daerah yang dilanda banjir seperti Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat sementara Klang pula menjadi kawasan paling teruk ditenggelami air selepas lebih 3,000 mangsa di pindahkan ke PPS.