Mangsa banjir meningkat di Negeri Sembilan, kini 765 orang  - Utusan Malaysia

Mangsa banjir meningkat di Negeri Sembilan, kini 765 orang 

PENDUDUK sekitar Kuala Klawang yang terbabit dalam bencana banjir ditempatkan di PPS Dewan Besar D'Sury, Kuala Klawang, Jelebu. - UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jumlah mangsa yang terjejas banjir dan masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Negeri Sembilan meningkat kepada 765 orang setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan menerusi maklumat yang dikongsikan memaklumkan, sehingga kini terdapat enam buah PPS yang masih lagi aktif.

“Terdapat seramai 364 orang mangsa daripada 188 buah keluarga masih ditempatkan di enam buah PPS di empat buah daerah di negeri iaitu melibatkan empat di Jelebu manakala Port Dickson dan Seremban masing-masing satu.

“Daerah Jelebu mencatatkan jumlah mangsa teramai iaitu 311 orang dan ditempatkan di empat PPS iaitu Dewan D’Sury dan Sekolah Menengah Kebangsaan Teriang Hilir, Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Undang Abdullah dan Balai Raya Kampung Puom,” katanya.

Sementara itu, tambah maklumat tersebut, sebanyak 13 buah PPS di negeri ini telahpun ditutup sejak kejadian banjir berlaku pada 18 Disember yang lalu.

“Kesemua PPS berkenaan adalah Balai Raya Kampung Juntai, SK Sega, SK Sungai Machang, SK Siliau, Balai Raya Kampung Linggi, Balai Raya Kampung Sungai Raya, SMK Dato’ Haji Mohd Yusof, Balai Raya Kampung Pengkalan Durian, SK Kampung Jimah Lama, Dewan Desa Dangi, Masjid Kariah Lubok China dan Sungai Nerambai dan Surau Kampung Keru Hilir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya