Mangsa banjir meningkat 32,682 orang, 10 lagi PPS dibuka di Pahang petang ini - Utusan Malaysia

Mangsa banjir meningkat 32,682 orang, 10 lagi PPS dibuka di Pahang petang ini

JALAN Jerantut ke Lipis dinaiki air di Simpang Batu Embun berdekatan Kampung Paya Teh di Jerantut, Pahang, ekoran banjir, baru-baru ini. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Bilangan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) negeri ini semakin meningkat apabila mencatat bilangan seramai 32,682 orang daripada 8,659 buah keluarga di sembilan daerah sehingga pukul 4 petang ini.

Pertambahan jumlah mangsa di PPS sebanyak 913 orang, iaitu 2.8 peratus pada petang ini berbanding 31,769 daripada 8,363 buah keluarga yang dilaporkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang pada pukul 12 tengah hari.

Peningkatan bilangan mangsa melibatkan penempatan di 253 buah PPS berbanding cuma 243 penempatan yang sama di sembilan buah daerah tengah hari tadi dengan pertambahan 10 buah PPS.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang berkata, pecahan mangsa yang masih ditempatkan di PPS, iaitu di Kuantan mencatatkan pemindahan tertinggi seramai 18,308 orang di 52 PPS manakala 58 PPS di Temerloh, daerah kedua mencatat seramai 5,589 orang.

“Bagi Raub, 37 PPS beroperasi menempatkan seramai 1,891 orang mangsa diikuti 34 PPS di Jerantut (1,851 orang), 35 PPS di Lipis (1,907 orang), 16 PPS di Pekan (1,173 orang), 2 PPS di Bentong (1,044 orang) dan 8 PPS di Bera menempatkan seramai 323 orang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam perkembangan yang sama, kata jurucakap tersebut, beberapa jalan raya termasuk Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di negeri ini masih ditutup untuk semua kenderaan berikutan air belum surut.

Katanya, bagi Jerantut, jalan yang masih ditutup, iaitu Jalan Jerantut ke Felda Kota Gelanggi, Jalan Jerantut – Lipis berdekatan Simpang Batu Embun, Jalan Bukit Puas ke Gintong, Jalan Pulau Tawar ke Durian Hijau, Jalan Sungai Lekok ke Jeransong, Jalan Ulu Retang ke Merting dan Jalan Sungai Yap ke Pasir Tambang.

“Di Raub pula, Jalan Sengkela ke Chenua, Jalan Bentong ke Gua Musang dan Jalan Ulu Renggol masih dinaiki air, manakala di Bentong melibatkan jalan Karak ke Simpang Pelangai dan jalan utama Mempaga,” katanya.

Katanya, jawatankuasa itu menerima laporan Jalan Jerantut ke Maran, Jalan Serengkam dan Jalan utama Jengka Utara dan Selatan masih belum boleh dilalui.

“Selain LPT di negeri yang masih banjir serta kerja pembersihan, juga jalan yang masih ditutup di Kuantan, iaitu Jalan Sungai Lembing, Jalan Kuantan ke Endau, Jalan Air Hitam ke Teluk Mahang, Jalan Panching Utara dan Jalan Kuala Lumpur ke Kuantan.

“Beberapa batang laluan di Lipis juga masih ditenggelami air dan tidak boleh dilalui kenderaan, iaitu Jalan Bukit Kota ke Aur Gading dan  Jalan Lipis ke Jerantut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya