PETALING JAYA : Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 17,036 orang dengan pertambahan satu lagi negeri iaitu Kuala Lumpur.
Menurut portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pahang mencatatkan negeri tertinggi mangsa banjir dengan 6,091 orang dan diikuti Selangor (5,298), Kelantan (3,871), Melaka (560), Kuala Lumpur (555), Negeri Sembilan (410) dan Terengganu (261).
Kesemua jumlah itu melibatkan 5,907 keluarga manakala sebanyak 271 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan mangsa banjir.
Sebanyak lapan negeri iaitu Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang terkesan dengan banjir melanda seluruh negara sejak kelmarin.
Namun tiada mangsa banjir direkodkan di Perak.
Banjir yang melanda itu ekoran Lekukan Tropika membadai selatan Filipina apabila fenomena berkenaan mengukuhkan angin timur laut bertiup dengan membawa lembapan tinggi di kawasan pantai timur dan menentasi Semenanjung.