Mangsa banjir Melaka menurun 704 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir Melaka menurun 704 orang

KEADAAN kawasan pertanian yang ditenggelami air akibat bencana banjir di Kampung Lanjut Manis, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jumlah mangsa bencana banjir kilat di negeri ini menurun sedikit kepada 704 orang berbanding 718 orang sebelum ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt. Kol. (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, setakat pukul 4 petang tadi, sebanyak sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di tiga daerah iaitu Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin.

“Jumlah mangsa banjir terus menurun daripada 718 kepada 704 orang sehingga pukul 4 petang tadi.

“Terdapat lima PPS di Alor Gajah antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal, Surau Sri Jeram dan SK Belimbing Dalam.

“Di Melaka Tengah pula terdapat tiga PPS iaitu Balai Raya Kampung Tanah Merah, SK Krubong dan SK Taman Merdeka. Setakat ini hanya satu PPS dibuka di Jasin iaitu di SK Parit Penghulu Benteng,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dua PPS di Alor Gajah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan dan Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Jelatang telah ditutup pada pukul 12 tengah hari tadi.

Katanya, SK Krubong menempatkan mangsa banjir paling ramai dengan jumlah 141 orang terdiri daripada 31 buah keluarga.

“Ia kemudian disusuli PPS SK Taman Merdeka yang menempatkan 126 mangsa daripada 32 buah keluarga,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya