Mangsa banjir Melaka meningkat 729 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir Melaka meningkat 729 orang

SETAKAT pukul 4 petang tadi, sebanyak 10 PPS masih beroperasi di dua daerah di Melaka iaitu Alor Gajah dan Melaka Tengah. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jumlah mangsa bencana banjir kilat di negeri ini terus meningkat kepada 729 orang berbanding hanya 595 orang sebelum ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt. Kol. (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, setakat pukul 4 petang tadi, sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah iaitu Alor Gajah dan Melaka Tengah.

“Jumlah mangsa banjir terus meningkat daripada 595 kepada 729 orang sehingga pukul 4 petang tadi.

“Terdapat tujuh PPS di Alor Gajah antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal, Surau Sri Jeram dan SK Belimbing Dalam.

“Di Melaka Tengah pula terdapat tiga PPS iaitu Balai Raya Kampung Tanah Merah, SK Krubong dan SK Taman Merdeka. Setakat ini tiada PPS dibuka di Jasin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dua PPS di Alor Gajah iaitu SK Cherana Puteh dan SK Telok Berembang telah ditutup pada pukul 10.30 malam semalam.

Katanya, SK Belimbing Dalam pula merupakan PPS paling ramai dihuni mangsa banjir dengan jumlah 141 orang terdiri daripada 24 buah keluarga.

“Ia kemudian disusuli PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China yang menempatkan 101 mangsa daripada 30 buah keluarga,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya