Mangsa banjir di Perak terus meningkat - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Perak terus meningkat

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu penduduk yang terjejas banjir di Lorong Mesra, Batu 7 1/2, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan petang tadi. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seramai 285 mangsa banjir daripada 80 keluarga di negeri ini ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 malam ini.

Jumlah tersebut meningkat sebanyak 15 orang berbanding angka yang direkodkan pada pukul 6 petang tadi iaitu seramai 270 orang.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, pertambahan itu membabitkan mangsa yang ditempatkan di Dewan Bandaran Teluk Intan dengan jumlah keseluruhan seramai 106 orang.

Katanya, PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Changkat Jong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Slim pula merekodkan jumlah sama iaitu 140 dan 39 mangsa banjir.

“Ketiga-tiga PPS tersebut dibuka sejak semalam selepas beberapa kawasan di Changkat Jong dan Kuala Slim dinaiki air susulan hujan berterusan sejak kelmarin.

“Pusat pemindahan di SMK Abdul Rahman Talib merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 140 orang daripada 35 keluarga,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya