Mangsa banjir di Pahang menurun 24,898, tiga PPS sudah ditutup hari ini - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Pahang menurun 24,898, tiga PPS sudah ditutup hari ini

JALAN Jerantut ke Lipis dinaiki air di Simpang Batu Embun berdekatan Kampung Paya Teh di Jerantut, Pahang, ekoran banjir, baru-baru ini. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) negeri ini menurun dengan  seramai 24,898 orang daripada 7,374 keluarga ditempatkan di enam buah daerah sehingga pukul 2 petang  ini.

Berbanding pukul 12 tengah hari tadi, seramai 25,104 orang daripada 7,452 buah keluarga masih ditempatkan di 172 buah PPS di tujuh buah daerah. 

Penurunan jumlah mangsa berikutan PPS di dua buah daerah, iaitu di Jerantut dan Raub ditutup pada pukul 12 tengah hari ini, manakala PPS Lipis antara daerah ketiga ditutup pada pukul 2 petang ini  berikutan air surut dan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. 

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang berkata, sehingga pukul 2 petang ini, sebanyak 168 buah PPS beroperasi di enam buah daera,h berkurangan empat buah pada pukul 12 tengah hari tadi. 

“Daerah yang masih beroperasi PPS, iaitu Bentong menempatkan seramai 4,595 orang di 17 PPS, 60 PPS di Temerloh (3,372 orang), 21 PPS di Kuantan (3236 orang), 22 PPS di Bera (2,271 orang), manakala Pekan seramai 1,529 orang di 20 PPS,” kata jurucakap tersebut dalam kenyataan  pada pukul 2 petang ini. 

Dalam perkembangan berkaitan, menurut jurucakap tersebut, jalan raya di beberapa buah daerah masih ditutup berikutan air belum surut.

Katanya, bagi Temerloh, jalan yang masih ditutup masih kekal, iaitu Jalan Gemas – Temerloh, Jalan Temerloh – Mentakab, Jalan Bolok Sok Mek, Jalan utama Mempaga/Bukit Damar/Lakom, Jalan Kampung Gantok, Jalan Seberang Temerloh, Jalan Lipat  Kajang, Jalan Teluk Ira – Rumpun Makmur, Jalan Simpang Songsang – Bangau. 

Turut masih ditutup, iaitu Jalan Megat Segama, Jalan Alternatif Paya Luas – Paya Jauh, Jalan Kampung Belenggu, Jalan Bahagia – Belenggu Halt, Jalan Batu Kapur – Sungai Buluh, Jalan Sanggang – Lubuk Kawah dan Jenderak Loop. 

Kata jurucakap itu lagi, di Pekan masih ditutup Jalan Ganchong – Lepar, Jalan Pelak – Belimbing dan Jalan Mentiga Terapai. 

“Di Maran masih ditutup Jalan Pekan Sehari Kampung Awah, Jalan Kampung Wau/Kertau, Jalan Serengkam, Jalan Bukit Tajau – Bandar Pusat Jengka, Jalan Chenor – Sekara Kenong, Jalan Pejing dan Jalan masuk Paya Ladang,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya