Permintaan terhadap minyak bidara yang tinggi mendorong pengusaha Iman Bidara, Mastura Abu Bakar, 46, untuk menjual anak pokok bidara.
Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, tanaman anak pokok bidara bermula dengan 1,000 anak pokok di sekeliling kawasan rumahnya pada 2018.
“Ilham untuk mengusahakan perniagaan ini tercetus apabila seorang kenalan meminta saya untuk menemani dirinya mencari minyak bidara.
“Bermula dengan hanya menanam secara kecil-kecilan di kawasan rumah kini saya mempunyai rumah semaian khusus untuk anak pokok,” katanya, ketika dihubungi, baru-baru ini.
Selain anak pokok bidara, katanya dia turut mengusahakan produk menggunakan kelebihan buah itu seperti sabun bidara, sanitizer bidara dan tea bidara.
“Anak pokok bidara dijual pada RM15, dan produk Iman Bidara dijual antara RM7 hingga RM12.
“Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi Facebook, IMAM BIDARA page dan Instagram, IMAN BIDARA atau hubungi 018-7771514,” katanya. – UTUSAN