Majlis Perbandaran Manjung bantu mangsa banjir Shah Alam - Utusan Malaysia

Majlis Perbandaran Manjung bantu mangsa banjir Shah Alam

PETUGAS Projek ERAT MPM menjalankan kerja-kerja pembersihan di Shah Alam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Majlis Perbandaran Manjung (MPM) melancarkan Projek Ekspedisi Rakyat Terbela (ERAT) bagi membantu mereka yang terjejas akibat banjir di Shah Alam, Selangor.

Menerusi projek itu, seramai 27 kakitangan MPM terdiri daripada anggota penguat kuasa, petugas am dan petugas kesihatan bersama tiga jentera telah bertolak ke ibu negeri Selangor itu untuk memberi bantuan pasca banjir.

Antara tugas dilaksanakan ialah melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah dan kawasan perumahan yang terjejas akibat bencana alam tersebut.

Menurut kenyataan dalam Facebook MPM hari ini, selain itu projek ERAT turut berusaha mengumpul barangan keperluan untuk disampaikan kepada mangsa banjir.

“Bantuan material yang disalurkan adalah berupa barangan keperluan harian seperti makanan, minuman, pakaian dan keperluan asas seperti lampin pakai buang, selimut, bantal, tilam dan ‘toto’ hasil sumbangan warga kerja MPM dan orang ramai,” kata kenyataan itu.

Selaras itu, MPM membuka Pusat Penerimaan Sumbangan Orang Ramai di Dewan Merdeka selama dua hari bermula hari ini, mulai pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam dan esok mulai pukul 7 pagi hingga 3 petang.

Jelas kenyataan itu, orang ramai khususnya penduduk Manjung dialu-alukan menghantar sumbangan tersebut bagi meringankan beban mangsa banjir.

“Kita berusaha mempermudahkan urusan Keluarga Malaysia, hari ini kita bantu orang, mana tahu esok lusa orang bantu kita pula,” menurut kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya