MAIPs sumbang RM300,000 misi bantuan awal banjir - Utusan Malaysia

MAIPs sumbang RM300,000 misi bantuan awal banjir

MISI bantuan bencana banjir Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah mengagihkan sumbangan sebanyak RM300,000 bagi menjayakan misi bantuan kepada mangsa banjir di Lembah Klang dan Pahang.

Misi bantuan sejak 19 Disember lalu melalui kerjasama strategik bersama majlis agama Islam negeri-negeri yang terlibat.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, bantuan berkenaan adalah sebahagian daripada peruntukan awal yang disalurkan melalui agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, agensi dan NGO terbabit menjayakan pelbagai misi bersama MAIPs dalam membantu mangsa banjir di Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang.

Ujarnya, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs telah berkenan untuk disalurkan sumbangan tersebut bagi membantu mereka yang sedang diuji sepantas mungkin.

“Baginda juga berharap agar sedikit sumbangan ini dapat memberikan kekuatan dan semangat kepada mereka, selaras dengan hasrat solidariti agensi mengurus zakat di seluruh negara,” katanya di sini, semalam.

Antara agensi terlibat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Negeri Perlis (PVAC) serta beberapa NGO yang dikenalpasti secara langsung dan tidak langsung.

Siri misi bantuan MAIPs itu turut melibatkan agensi hal ehwal Islam seperti Jabatan Mufti negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs). -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya