MAIM peruntuk RM45,000 bantu masjid, surau - Utusan Malaysia

MAIM peruntuk RM45,000 bantu masjid, surau

MUHAMMAD IKRAM Ibrahim (depan) membantu menyidai sejadah dibantu kakitangan MAIM dan JAIM di Surau Telok Berembang, Lubok China, Masjid Tanah, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM45,000 bagi membeli pelbagai peralatan yang musnah dalam kejadian banjir membabitkan dua buah masjid dan sebuah surau di Lubok China, Sabtu lalu.

Setiausaha MAIM, Muhammad Ikram Ibrahim berkata, Masjid al-Wakil menerima RM20,000, Masjid Brisu pula sebanyak RM15,000 manakala Surau Telok Berembang mendapat RM10,000.

Menurutnya, peruntukan tersebut akan disalurkan segera bagi membantu membeli pelbagai peralatan seperti karpet, sejadah, al-Quran, almari, pembesar suara, pagar dan sebagainya.

Beliau berkata, peruntukan awal itu mungkin akan ditambah lagi setelah pihak masjid dan surau menilai kerugian sebenarnya untuk dimaklumkan kepada MAIM.

“Masjid al-Wakil di Pekan Lubok China mengalami kemusnahan paling teruk apabila hampir kesemua peralatan tidak boleh digunakan apabila air masuk ke dalam masjid. Ini merupakan kejadian banjir paling buruk sejak 1971 menimpa masjid ini. Banyak peralatan tidak boleh digunakan seperti pendingin hawa, karpet, kerosakan pagar, jambatan putus, pintu rosak tidak boleh digunakan, pembesar suara, peti sejuk dan banyak lagi.

“Masjid Brisu pula karpet semua tidak boleh digunakan, naskhah al-Quran, sejadah ada yang dihanyut air begitu juga di Surau Telok Berembang,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai kakitangan MAIM seramai 20 orang termasuk 10 daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) turun padang membersihkan surau tersebut dibantu penduduk setempat.

Muhammad Akram berkata, kerja-kerja mencuci dan membersih kawasan surau bermula sejak pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari setelah air surut sepenuhnya dan laluan masuk ke surau berkenaan sudah boleh dilalui.

Menurutnya, Masjid al-Wakil telah dibersihkan semalam melalui bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM, pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), veteran tentera, pertubuhan bukan kerjaan (NGO) dan penduduk setempat.

“Kedua-dua masjid serta surau masih belum dapat digunakan oleh ahli kariah sehingga diberitahu kelak,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya