LZS terima lebih 30,000 permohonan mangsa banjir - Utusan Malaysia

LZS terima lebih 30,000 permohonan mangsa banjir

SAIPOLYAZAN M. Yusop (dua dari kanan) dan Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir (empat dari kanan) bergambar bersama penerima zakat daripada LZS di Wisma PKPS, Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima lebih 30,000 permohonan daripada mangsa banjir di Selangor sehingga hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saipolyazan M. Yusop berkata, daripada jumlah tersebut, hanya 14,5000 permohonan yang diluluskan bagi mendapatkan bantuan segera RM600 daripada pihaknya.

“Lebih 17,000 permohonan belum lagi diluluskan kerana pemohon tidak memberikan dokumen lengkap kepada kami. Saya harap mereka dapat memberikan dokumen lengkap supaya LZS boleh segera memproses permohonan mereka,” katanya selepas menghadiri majlis penyerahan zakat perniagaan LZS di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang turut dihadiri Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir, hari ini.

Tambahnya,  mangsa banjir yang ingin memohon bantuan itu, mereka boleh membuat permohonan secara dalam talian dengan mengemukakan laporan polis atau ketua masyarakat kawasan mereka berhubung insiden itu.

Dalam pasa itu, Saipolyazan berkata, LZS juga akan mempertimbang untuk memperkenalkan bantuan lain setelah pihaknya membuat tinjauan di kawasan banjir. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya