LZNK bina pondok warga emas miskin dalami ilmu agama - Utusan Malaysia

LZNK bina pondok warga emas miskin dalami ilmu agama

SYEIKH Fadzil Awang (dua dari kanan) dan Syeikh Zakaria Othman beramah mesra dengan pelajar-pelajar selepas majlis pecah tanah pondok warga emas di Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah di Alor Setar. - UTUSAN/MOHD. RAFIE AZIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bakal membangunkan pondok warga emas keempatnya bagi memberi ruang kepada lebih ramai golongan yang miskin tinggal dan mendalami ilmu agama di pusat-pusat pengajian Islam di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LZNK, Datuk Syeikh Zakaria Othman berkata, pondok warga emas yang baharu itu akan dibina di Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah, Kampung Sungai Mati di Mukim Lepai di sini yang dikenali dengan kegiatan-kegiatan dakwah.

Katanya, sebanyak 15 rumah kediaman yang dapat menampung seramai 30 warga emas yang bernilai RM700,000 akan dibina dalam masa terdekat.

“Apabila siap nanti, kita akan menempatkan warga emas yang mungkin sebatang kara atau datang daripada keluarga miskin untuk menghabiskan sisa-sisa hidup mereka dengan mendalami ilmu agama di sini.

“Segala keperluan warga emas yang ditinggal di rumah tersebut juga akan ditanggung LZNK asalkan mereka mahu untuk belajar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pecah tanah pondok warga emas itu yang disempurnakan Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang di tanah wakaf yang terletak bersebelahan kompleks tersebut di sini hari ini.

Syeikh Zakaria memberitahu, tiga pondok warga emas yang dibangunkan LZNK sebelum ini bertempat di Pondok Ampang, Mukim Jeneri di Sik, Pondok Lanai di Kupang, Baling serta Maktab Pengajian Islam Kedah yang dulunya dikenali sebagai Pondok Hutan Palas di Kodiang dekat sini.

“Untuk penempatan warga emas yang keempat ini, kita menjangkakan kemasukannya bermula Januari 2023.

“Pemilihan Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah ini dibuat berikutan fasiliti lengkap yang ada sini untuk warga emas. Konsepnya mudah iaitu kompleks ini hanya menyediakan tapak manakala segala perbelanjaan akan ditanggung LZNK,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya